About Kam Agong (Bahasa Malaysia)

Kam Agong in Long Semadoh

Kam Agong dilahirkan pada 9 Julai 1957, beliau merupakan anak tunggal kepada Agong Dawat, veteran Perang Dunia II, juga merupakan Ketua Kampung di Long Semadoh, Lawas, Sarawak. Kam Agong dari suku Lun Bawang, salah satu komuniti pertama yang menetap di pergunungan kepulauan Borneo.

Orang Lun Bawang bekerja sebagai petani dan majoriti adalah beragama Kristian dari Sidang Injil Borneo.  Kam Agong adalah seorang yang takut kepada Tuhan dan ibu kepada 8 orang anak. Beliau merupakan seorang yang sangat berperanan dalam mengendalikan keluarga. Dia menjaga anak-anaknya sendiri dan membantu dalam pelajaran mereka. Beliau bekerja dengan suaminya di ladang padi dan turut membantu dalam kerja-kerja pembinaan.

Dia mengajar anak-anaknya menyanyi dan bermain muzik. Dia turut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Gereja.  Pada tahun-tahun awal, tidak ada penerbangan dan tiada pengangkutan darat dari Long Semadoh ke bandar terdekat, iaitu Lawas. Mereka terpaksa berjalan kaki lebih kurang dua hingga tiga minggu untuk sampai di Lawas dengan membawa sedikit barangan jualan. Wang hasil jualan digunakan untuk membeli barangan keperluan keluarga dan mengharungi perjalanan yang sama untuk pulang ke Long Semadoh.

Dia seorang wanita yang kuat, dan menurut beberapa penduduk kampung mereka tidak pernah melihat dia jatuh sakit. Setiap kali dia bersalin, dia  sembuh dengan cepat. Semua kelahiran terdahulu adalah normal. Beberapa orang dari anak-anaknya di lahirkan di rumah sendiri dan di klinik berhampiran. Kesemua tujuh kelahiran terdahulu dikendalikan oleh bidan dan jururawat. Hanya anak kelapannya yang dilahirkan di Hospital Daerah Lawas dan dikendalikan oleh doktor.