IC Hijau Sarawak

Anak Sarawak di beri IC Hijau
Anak Sarawak di beri IC Hijau

38 tahun bukan suatu tempoh yang singkat. Bayangkan negara kita telah merayakan 55 ulang tahun kemerdekaan. Laungan “Merdeka! Merdeka! Merdaka!” sudah menjadi suara kebanggaan setiap warganegara bila tibanya tahun memperingati hari kemerdekaan. Benarkah suara kemerdekaan itu penentu kemerdekaan sebenar?

Kita bangga melihat pembangunan yang begitu pesat contohnya bangunan-bangunan tinggi pencakar langit, lebuh raya penghubung utama setiap kawasan terutamanya tempat seperti Tanah Malaya (Semenanjung). Agak keterlaluan kalau saya berkata, untuk memandu dari Perlis sampai ke Johor, ambil saja kunci kereta Nasional “Proton, Waja, Wira, Kancil, Kelisa” dan apa sahaja nama-nama kereta Produk negara, … ah cukup pejam mata sahaja, 8 jam boleh sampai didestinasi. Semua yang biasa dengan jalan lebuh raya akan setuju dengan saya jarak atau jauhnya diantara Utara sampai ke Selatan Malaya ialah 700 lebih kilometer.

Map-of-Long-SemadohJika anda melihat peta dan gambar ini, anda yang tidak melalui proses dan perjalanan hidup yang dilalui ribuan orang di pendalaman Sarawak, yang jaraknya hanya 100 kilometer (Long Semadoh ke Lawas), mengambil masa 2 minggu perjalanan kaki. Inilah sebenarnya sebab terbesar mengapa ramai penduduk kampung di pendalaman Sarawak, tidak berjaya mengurus dan mendapat kerakyatan mereka baik secara penduduk tetap mahu pun warganegara. Segala urusan surat menyurat tidak semudah urusan di bandar yang hanya mengambil beberapa jam atau hari.

 

EPF

Inilah yang berlaku kepada seorang diantara mereka yang tidak dibela hak mereka sebagai warganegara yang telah membaktikan diri mereka untuk menjaga keselamatan negara. Dan orang ini adalah bapa saya sendiri, yang selama puluhan tahun kami adik beradik telah berusaha memohon di Jabatan Pendaftaran Negara, terutamanya di JPN Lawas, hingga hari ini fail bapa saya masih di JPN Lawas.

“Jangan Peduli Nasib” orang ulu atau Sarawak atau orang yang tak memberi input kepada periuk nasi kita”. Mungkinkah itu slogan JPN Lawas. Sorry saya ungkapkan emosi saya sebagai anak dan manusia yang telah sekian lama berusaha.

 

Padan Batun from Long Semadoh Naseb
Padan Batun from Long Semadoh Naseb

Jika “Jangan Peduli Nasib” bukanlah slogannya, dimanakah sebenar-benarnya lokasi/tempat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA untuk merujuk?

Cuba lihat dokumen yang dipaparkan, bukannya lama sangat, lihat urusan itu baru dibuat sebulan yang lalu. Sewaktu pergi mengurus urusan yang sekian lama tidak dapat diselesaikan ditempat sendiri (Lawas Sarawak), peluang tiba dimana pertama kalinya bapa saya yang sudah menetap di Sarawak selama  50 tahun lebih, berpeluang datang ke PUSAT JPN PUTRA JAYA, yang dianggap sebagai tempat yang terakhir dan tepat untuk merujuk. Bukan lagi 100 kilometer perjalanan, tetapi beribu-ribu kilometer jauhnya dari rumah buruknya, bahkan beratus ringgit turut terbang dari saku pak miskin yang mengharapkan pembelaan kerajaan yang pernah dia berkhidmat suatu ketika dahulu. 

 

Terdapat No IC baru di JPN dan EPF
Terdapat No IC baru di JPN dan EPF

Penyata Ahli KWSP ini merupakan salah satu bukti bahkan didaftar dalam Fail JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA! Ini berlaku apabila dia pernah menyertai Boarders Scout . Tahukah anda apa sebabnya Boarders Scout ini ditubuhkan? Mereka berkhidmat untuk menjaga keselamatan negara dari sewaktu KONFRANTASI MALAYSIA INDONESIA.

Pingat tidak kami minta, kami hanya memohon KEWARGANEGARAAN sebagai orang yang berkelakuan baik, sebagai mana syarat mereka yang memohon kewarganegaraan Malaysia.

KELIRU dan KELIRU! dimanakah sebenarnya tempat yang tepat untuk mendapat hak tersebut? JPN PUTRAJAYA, mengungkapkan kata ini, “kamu harus rujuk kepada Imigresen!” , ya kami turuti nasihat mereka, kami pergi ke Imigresen di Putrajaya ketika itu juga. BERTAMBAH KELIRU dan KELIRU! Imigresen kata rujuk kepada JPN.

Last, JPN PUTRAJAYA kata, “rujuk di Kuching, Sarawak”.

Ha… SIAPA DI ATAS SIAPA?

KUASA KERAJAAN NEGERI BESAR ATAU KUASA KERAJAAN PUSAT(PUTRAJA)? SUARA SIAPA BERPENGARUH? SUARA  RAKYAT DALAM  PILIHANRAYA MUNGKIN!

Ya, JIKA ITU PENENTUNYA, WAHAI PENDUDUK PENDALAMAN SARAWAK, FIKIR, RENUNG, DAN JANGAN SAMPAI NASIB YANG SAMA BERULANG 53 tahun lagi, nasib bangsa tergadai, merana, siapa membela?

Ini suara anak yang lahir 38 tahun lepas menyuara suara bapa yang tidak merdeka di negara sendiri.     

Milkias Padan

49 Comments on IC Hijau Sarawak