Struggling with cancer she joins the campaign for the construction of the Lawas District Hospital

Cancer patients in rural Sarawak left in the lurch 

The STAR [by S. INDRAMALAR]

Ini ialah mendiang Jessica Liaw, dia berumur 48 tahun. Dia didiagnosis dengan karsinoma endometrium pada tahun 2011. HPE menunjukkan tahap 3C2G2, debulking tahap optimum. Selepas itu, dia telah menjalani kemoterapi Carbotaxol semenjak (15/12/16 – 12/4/17) ,(26/5/18 – 24/11/18) dan  (15/1 /20 – 4/6/20). Dimasukkan ke wad pembedahan untuk penyumbatan usus pada 27/11/19 yang rumit dengan jangkitan tapak pembedahan (SSI). Dan 10 kitaran radioterapi menjelang 18/8/20. Menjalani pembedahan nefrostomi dua hala sejak 18/11/19. Imbasan CT pada 2/7/20 menunjukkan beberapa peningkatan pembengkakan nod yang tidak teratur di pelvis. Pemeriksaan pada 18/8/20, kebocoran air kencing melalui faraj. Akibat pandemik covid-19 dia tidak dapat menjalani rawatan susulan seperti yang sepatutnya kerana Hospital yang terdekat dan yang mampu untuk merawat beliau ialah Hospital Likas, Sabah. Oleh kerana kawalan yang sangat ketat, sangat sukar untuk Jessica melepasi sempadan Sabah. Melihat kepada keadaan Jessica yang sangat memerlukan rawatan secepat mungkin, kami Agnes Padan membantu beliau untuk mendapatkan surat kebenaran dari pihak berwajib, walau terpaksa menunggu tetapi kami sangat lega akhirnya beliau dibenarkan melepasi sempadan untuk menjalani rawatan di Hospital Likas, Sabah. Terima kasih kepada team Wanita Keadilan Sarawak atas bantuan dan sokongan yang diberi kepada Jessica. Tidak lupa juga kepada team Wanita Keadilan Sipitang yang membantu menguruskan perjalanan Jessica untuk ke Hospital Likas.